DINoSAUR wujud d MALAYSIA????? part 1??

Sunday, January 2, 2011
mula-mula skali... Paleontologi??? urghhh subjek paling sy tak minat... tapi kelas lab paling suka sebab lab paling sekejap 30 min da abes. ahhahahaha klas??? exam paleontologi??? whattt??? paling fail.. tapi x fail la xam hahahha bole la stakat b.. huhuhuh

okay2 back to real story, ade la sorang kawan ne post kat fb pasal pameran batu-batu pelik d Muzium alam Semulajadi, Putrajaya.. (sebenarnya sy teringiiiiiin sgt nak pergi... huhu) pastu tibe -tibe terbuka la pasal berita ne...

Dinosaur wujud d Malaysia??? okay kesahihanya blom pasti lagi tapi memandangkan negara jiran seperti Thailand ,China dan Laos menemui fossil dinosaur herbivor x mustahil negara kita akan ada di dalam lapisan batuan. banyak para geologist da pergi da eksplor banjaran TITIWANGSA dekat taman Negara PAhang sebab kemungkinan dinosaur dahulu wujud dikawsan itu tapi disebabkan oleh kekurangan petunjuk dan kawasan yang luas ekspedisi ini gagal.. ini kerana fossil dinosaur sudah tertanam dalam batuan dan tanah begitu lama.

Pakar Paleontologi UKM, Prof Dr Mohd Shafeea Leman berkata, penemuan fossil dinosaur d Thailand pada Februari 2010 ini memungkinkan kewujudan mamalian purba itu d Malaysia.... (prof ne punya lec note mmg superb.. ahhaha)

okay ne gambar fossil dinosaur...
apa ne???? mula-mula saya pon blank.. tapi ne rupanya fossil telur dinosaur.. wow~~~
satu-satunya pengumpul tahi bintang atau batu meteor secra serius d Malaysia, adalah Datuk Jaafar Jamaluddin..

untuk pengetahuan umum fossil telur ini sudah berusia 65 juta tahun. Beliau juga menjelaskan bahawa ini adalah koleksi bersempena mengenang kesan hentaman meteor pada permukaan bumi.


okay apa kena mengena fossil telur dengan hentaman meteor.. urmm jap buka slide geo sejarah.. ahahhaha

okay cerita dy gini... dlu pada zaman purba terdapat satu era yang dinamakan era mesozoic.. dalam era ne terbahagi kepada 3 period iaitu dimulai dengan triassic kemudian jurassic then cretaceous ..

pada zaman triassic mamals mula terbentuk begitu juga dengan dinosaur.. pastu bile zaman jurassic burung-burung pulak mula terbentukb.. tapi bla pada hujung zaman cretaceous dinosaur mula pupus... kenapa??? para saintis masih lagi cuba untuk mengenal pasti apa sebenarnya yang menyebabkan kepupusan yang besar ini berlaku...

walaubagaimanapun banyak theories untuk menerangkan bagaimana dinosaur boleh pupus. sepertimana di atas dinosaur pupus pada penghujung zaman cretaceous, bagaimana haiwan yang hidup secara dominan pada 150 million tahun tidak boleh survive??? fakta saintis menyatakan bahawa banyak hidupan mati bersama dinasour pada zaman itu tapi terdapat juga segelintir species yang terselamat. antaranya adalah cacing tanah ( so bak kata prof. Baba hormat la sikit sma cacing kerana ia hidup lebih lama di bumi dr kta hahahha)

okay bile sy search-search di internet pasal extinction ne ade experts disagree dengan apa y bakal di tulis disini tapi ini lah yang kami belajar dalam geologi sejarah so sy percaya dengan lec sy lolsss

kembali ke sejarah bumi. kepupusan ini berlaku dalam jangka masa yang tidak dapat ditentukan, ada yang berkata mengambil masa bertahun-tahun ada yang berkata mengambil masa beberapa hari, tapi apa yang pasti kepupusan ini memberi kesan kepada Bumi, tumbuh-tumbuhan, hidupan dan juga air yang tercemar.

okay jari ne da tak sabar nak tulis pasal penyebab kepupusan dinosaur..

pertama sekali adalah mungkin disebabkan oleh catastrophic extinction.. pada penguhujung zaman cretaceous belaku perlanggaran diantara bumi dan asterois, kemudian berlaku eruption dan juga beberapa siri letusan volcano yang kuat. ada juga yang percaya bahawa meteorit ataupun komet menghentam Bumi. banyak batu-batu meteorit dijumpai di bumi dan juga bekas kawah atau pun craters dijumpai sebagai bukti ini perlanggaran major ini. perlanggaran major ini juga menyebabkan pada waktu itu bumi diselaputi oleh kepulan asap yang tebal, debu-debu dan juga steam.. bukan itu je bumi tidak dapat menerima cahaya matahari untuk beberapa tahun.

so tak hairan la kenapa cacing tanah boleh survive. dorang kan hidup dalam tanah kekurang cahaya matahari x jadi masalah, bile hentaman meteorit berlaku hidupan bawah tanah boleh menggunakan kebolehan dorang untuk bersembunyi dan terselamat dari hentaman itu... namun disebabkan bencana ini ekologi bumi berubah dan juga cuaca bumi berubah,

Illustration of volacanic eruption Illustration of forest fire

fuhhhhhh okay sampai sini je la dlu~~ da x larat malam nanti sambung cerita pasal dinosaurs ne~~ lols

adios amigo~~~ hahaha

2 comments:

  1. Azhier Farhan said...:

    hahaha mira :) aku suka ko tulis ni

  1. MIRA said...:

    tulis apa??? pasal dinosaur?? ahahhaha

Post a Comment